Monday 13 May 2013


                      
BELAJAR   MEMBACA                                                               

1. Membaca adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat ilmu dan maklumat.

2.  Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan  perlu ditanam dalam diri pelajar. Justeru, untuk memperoleh ilmu, kita perlu membaca.

                                                                                                                               
 Terdapat beberapa persediaan sebelum membaca:-

  1. Pilih masa yang sesuai ketika kurangnya gangguan terhadap tumpuan.
   2.  Pilih suasana yang sesuai seperti suasana yang terang, kemas dan bersih.
  3. Pastikan kedudukan badan yang betul dijarakkan lebih kurang satu kaki dengan mata.

   Terdapat 3 cara membaca bergantung pada tujuan masing-masing:-

1.  Membaca untuk hiburan. Misalnya membaca majalah,
      komik, dan novel.
2. Membaca untuk mencari maklumat tertentu. Kita boleh
    membaca seimbas dan pantas untuk mencari lokasi maklumat
    yang dicari.
3. Membaca secara kritikal. Pembaca perlu memahami konsep,
   istilah, logik dan sebagainya. Malah, membaca secara kritikal  
   adalah kaedah yang betul ketika menelaah pelajaran. Cara
   membaca ini nyata lebih seronok dan tidak membosankan.

   Langkah-langkah membaca secara kritikal:-

-Melihat seimbas.  Berikan perhatian kepada perkara-perkara yang berikut.
-  Lihat tajuk-tajuk kecil dan dapatkan perkaitan (jika ada) di antara tajuk-tajuk tersebut.
- Amati seimbas rajah, peta, jadual, carta, radas, gambar dan sebagainya.
-Lihat soalan-soalan yang ada termasuk soalan-soalan di bahagian belakang sesuatu bab / tajuk utama.
-Catatkan sebarang persoalan (jika ada) yang timbul dalam fikiran pada sehelai kertas.
-Baca pendahuluan dan kemudian baca bahagian kesimpulan / penutup.
-Baca secara terperinci, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan.  Terjemahkan setiap penjelasan dalam bentuk gambaran minda.
-Jangan pindah perenggan selagi anda tidak memahami apa yang sedang dibaca. Perlahankan rentak bacaan anda apabila tiba di  bahagian yang sukar.  Ulang baca beberapa kali sekiranya  perlu.
-Gariskan fakta-fakta penting.  Buatkan ringkasan ke  dalam nota  peperiksaan anda.
-'Highlight' setiap kata kunci.
-Gunakan kod warna misalnya warna kuning untuk nama orang, warna biru untuk tarikh dan sebagainya.
-Yakinkan diri anda yang anda mampu menguasai bahan yang dibaca.
-Setelah habis satu perenggan, tutup buku dan nota anda.  Fikirkan atau gambarkan semula apa yang telah anda baca.
- Setelah habis satu tajuk kecil, ambilkan sehelai kertas dan lakarkan kembali apa yang telah anda baca dalam bentuk peta minda atau peta konsep.





    
                             

0 comments:

Post a Comment