Monday 13 May 2013






1.0 DEFINISI MEMBACA


     Terdapat banyak definisi yang boleh menjelaskan definis membaca. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, telah mendefinisikan bahawa istilah bacaan adalah sebagai bahan yang digunakan untuk dibaca, cara seseorang itu membaca dan mengaitkan tentang hasil yang terdapat daripada pembacaan seseorang terhadap sesuatu yang dibaca.

      Menurut Zulkifley Hamid (1994) pula, beliau menyatakan membaca sebagai proses pembaca mengenal lambang-lambang tulisa, menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan makna bagi bentuk tulisan tersebut. Untuk tambahan mengenai defini membaca, sila klik link ini ; 

   Kesimpulannya, membaca boleh dirumuskan bahawa satu proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Haris dan Sipay, 1980). Proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang itu mengencam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsir maksudnya.


     2.0 TEORI MEMBACA.

       2.1 Teori Bottom - Up

             Teori bottom - up berasakan Teori Pembelajaran Psikologi. Tujuannya  adalah untuk menguasai kemahiran membaca, seseorang itu perlu berlatih membaca daripada mengecam huruf kepada mengecam perkataan. Selain itu, tujuannya adalah juga mendapatkan makna daripada perkataan dan ayat secara automatik setelah menguasai kemahiran membaca. Penyelidikan utama dalam bidang Penyelidikan Bacaan Berasaskan Teori ini adalah Gough (1972) dan LaBerge and Samuels (1974)

    2.1.1 Prinsip Teori Proses Membaca Bottom-Up.

1. Mengenal pasti ciri huruf.
2. Menghubungkan ciri bagi memilih huruf.
3. Menggabungkan huruf bagi memilih pola ejaan.
4. Menggabung kait pola ejaan bagi memilih perkataan.
5. Menimbulkan proses membina ayat, paragraf dan tahap sesebuah teks.

      2.2 Teori Top - down.

            Teori ini berasakan Teori Pembelajaran Linguisti. Teori ini mengemukakan fenomena di mana makna tidak terdapat di dalam teks yang dibaca tetapi di dalam diri pembaca itu swndiri. Teori ini juga menekankan di mana makna lebih penting daripada perkataan.

             Membaca melibatkan kiu bahasa iaitu grafonik, sintaksis dan semantik. Berpendapat fonik tidak perlu diajar. Penyelidik utama dalam bidang Penyelidikan Bacaan Berasakan Teori Top-down ialah Goodman (1988) - a psycholinguistic guessing game Smith (1971)

     2.2.1 Prinsip Teori Proses Membaca Top-down.

1. Memahami teks yang dibaca walaupun tidak mengenal setiap perkatan yang dibaca.
2. Menggunakan makna dan isyarat tatabahasa mengenal pasti perkataan yang tidak dikenali.
3. Fokus utama dalam pengiraan adalah membaca ayat, paragraf dan keseluruhan bahan.
4. Perkara penting dalam bacaan adalah jumlah dan jenis maklumat yang diperoleh ketika mebaca.

      2.4 Teori Transactional.

            Teori ini berasakan:
1. Era Teori Pembelajaran Sosiobudaya 1986-1995
       Sosiobudaya, pengalaman kerjasamayang dibentuk oleh estetika, pemahaman yang dikongsi oleh orang ramai berbanding pengetahuan secara sendirian oleh seseorang.

2. Era Teori Pembelajaran berasakan keterlibatan 1995-kini.
    Makna dibuat daripada kombinasi fizikal, peribadi, faktor sosial budaya yang dipilih pada masa tertentu, kognitif, estetika dan unsur-unsur sosiobudaya bekerjasama untuk membuat makna.

Penyelidik Utama dalam Bidang Penyelidikan Bacaan Berasakan Teori Transactional.

1. Louise Rosenblatt (pelopor teori)
2. Dewey & Bentley (ahli falsafah - "Knowing and the Known" (1949) mencadangkan bahawa pembelajaran bukan merupakan interaksi ( 2 perkara yang berasingan yang saling bekerjasama).Ia adalah transaksi (2 benda menjadi 1 entiti).
3. Vygotsky ( ahli antropologi sosial dan budaya - memperkenalkan " a word acquires its sense from the context in which it appears")
                                                                                                        









                


PEMILIHAN BAHAN BACAAN



                            




          Kelakuan, kebolehan dan keupayaan membaca, dan minat golongan muda ini berbeza-beza mengikut peringkat umur. Setiap peringkat mempunyai ciri-ciri psikologi yang berbeza.  Oleh itu, persembahan dan penyampaian yang sesuai amat diperlukan dalam sesebuah bahan bacaan. Secara umumnya kanak-kanak dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan umur. Untuk mengetahui lebih lanjut sila klik:



        Ramai orang yang berkesedaran mengeluh dengan sikap sebilangan besar masyarakat yang ghairah menelaah bahan bacaan hedonistik, iaitu bahan bacaan yang bersifat mementingkan keseronokan semata-mata. Dalam hal ini, saya mengambil pendirian yang berbeza daripada keluhan-keluhan klise yang bertumpu kepada meletakkan kesalahan fenomena tersebut ke atas diri masyarakat yang tidak pandai untuk memilih bahan bacaan. Dalam hal ini, saya rasa tidak wajar meletakkan sepenuhnya kesalahan kepada diri masyarakat tersebut kerana saya fikir fenomena yang berlaku ini sebenarnya merupakan kesan daripada hedonisme yang semakin membarah atau boleh disebut sebagai post-modernisme.
Untuk maklumat lanjut, sila klik laman web berikut:-











                      
BELAJAR   MEMBACA                                                               

1. Membaca adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat ilmu dan maklumat.

2.  Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan  perlu ditanam dalam diri pelajar. Justeru, untuk memperoleh ilmu, kita perlu membaca.

                                                                                                                               
 Terdapat beberapa persediaan sebelum membaca:-

  1. Pilih masa yang sesuai ketika kurangnya gangguan terhadap tumpuan.
   2.  Pilih suasana yang sesuai seperti suasana yang terang, kemas dan bersih.
  3. Pastikan kedudukan badan yang betul dijarakkan lebih kurang satu kaki dengan mata.

   Terdapat 3 cara membaca bergantung pada tujuan masing-masing:-

1.  Membaca untuk hiburan. Misalnya membaca majalah,
      komik, dan novel.
2. Membaca untuk mencari maklumat tertentu. Kita boleh
    membaca seimbas dan pantas untuk mencari lokasi maklumat
    yang dicari.
3. Membaca secara kritikal. Pembaca perlu memahami konsep,
   istilah, logik dan sebagainya. Malah, membaca secara kritikal  
   adalah kaedah yang betul ketika menelaah pelajaran. Cara
   membaca ini nyata lebih seronok dan tidak membosankan.

   Langkah-langkah membaca secara kritikal:-

-Melihat seimbas.  Berikan perhatian kepada perkara-perkara yang berikut.
-  Lihat tajuk-tajuk kecil dan dapatkan perkaitan (jika ada) di antara tajuk-tajuk tersebut.
- Amati seimbas rajah, peta, jadual, carta, radas, gambar dan sebagainya.
-Lihat soalan-soalan yang ada termasuk soalan-soalan di bahagian belakang sesuatu bab / tajuk utama.
-Catatkan sebarang persoalan (jika ada) yang timbul dalam fikiran pada sehelai kertas.
-Baca pendahuluan dan kemudian baca bahagian kesimpulan / penutup.
-Baca secara terperinci, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan.  Terjemahkan setiap penjelasan dalam bentuk gambaran minda.
-Jangan pindah perenggan selagi anda tidak memahami apa yang sedang dibaca. Perlahankan rentak bacaan anda apabila tiba di  bahagian yang sukar.  Ulang baca beberapa kali sekiranya  perlu.
-Gariskan fakta-fakta penting.  Buatkan ringkasan ke  dalam nota  peperiksaan anda.
-'Highlight' setiap kata kunci.
-Gunakan kod warna misalnya warna kuning untuk nama orang, warna biru untuk tarikh dan sebagainya.
-Yakinkan diri anda yang anda mampu menguasai bahan yang dibaca.
-Setelah habis satu perenggan, tutup buku dan nota anda.  Fikirkan atau gambarkan semula apa yang telah anda baca.
- Setelah habis satu tajuk kecil, ambilkan sehelai kertas dan lakarkan kembali apa yang telah anda baca dalam bentuk peta minda atau peta konsep.





    
                             





MASALAH DALAM MEMBACA
FAKTOR DALAMAN DALAM MEMBACA

   Membaca adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia
dan kemahiran ini merupakan asas pembentukan diri untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Proses membaca yang kompleks ini bergantung kepada komponen membaca perkataan tunggal dan komponen pemahaman (Yahya Othman, 2003).
   Masalah paling utama yang dihadapi oleh seseorang yang sedang
mula membaca adalah masalah dalam komponen membaca perkataan secara tunggal. Kemahiran mengeja perkataan berkait rapat dengan kemahiran membaca perkataan. Hasil kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa proses kognitif yang mendasari kedua-dua kemahiran membaca perkataan dan kemahiran mengeja adalah hampir sama. Oleh sebab perkaitan yang rapat antara kemahiran membaca perkataan tunggal dan kemahiran mengeja, maka adalah tidak hairan jika para pelajar bermasalah dalam proses bacaan mereka.
  Permasalahan dalam proses pembelajaran ini membabitkan
pelbagai faktor antaranya ialah faktor dalaman dan faktor luaran yang saling berkaitan. Pelbagai faktor yang telah menyebabkan timbulnya masalah kesukaran untuk para pelajar membaca. Antaranya ialah faktor dalaman yang menyumbang kepada masalah ini:
1) Faktor individu.
2) Ketidakbolehan untuk mentafsir simbol dan huruf untuk   
    diterjemahkan dalam ayat atau perkataan secara lisan.
3) Faktor psikologi.
4) Mudah hilang tumpuan dan lemah daya ingatan.

*Huraian lanjut mengenai faktor dalam ini, anda semua boleh 
klik laman web di sini:



SEPINTAS LALU:
MUTIARA KATA

 


MASALAH DALAM MEMBACA



  Masalah bacaan di kalangan pelajar 
sekolah sekarang mendapat perhatian umum. Kerisauan tentang
 masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara . Berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah, dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah.


   Namun selepas fasa pertama KBSM,didapati ramai pelajar kita
yang masih gagal menguasai 3M. Hakikat ini diakui dalam seminar
Kebangsaan KBSR pada 1989 yang merumuskan;



"Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelas

KBSR tidak mencapai tahap yang dijangkakan - menyebabkan

terdapat sebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan di peringkat persekolahan menengah."

  Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita
yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah. 
Sebagai usaha untuk memulihkan masalah bacaan murid di sekolah 
randah, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan program 
Kelas Intervensi Membaca dan Menulis atau KIA2M.

JENIS MASALAH BACAAN

  Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat
melalui aktiviti bacaan nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap
hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman. Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:

a) Membuang/meninggalkan (omission)
b) Ulangan (repetition)
c) Gantian (substitute)
d) Tambahan (insertion)
e) Pembalikan (reversals)
f) Tidak kenal huruf
g) Salah sebutan

*Maklumat lanjut mengenai masalah,punca masalah dalam
membaca serta strategi pengajaran kemahiran membaca, klik link di 
sini:


Pendekatan Mengajar Membaca
Pendekatan Asas Membaca
Pendekatan ini meliputi mengajar beberapa kemahiran membaca yang biasa pada situasi membaca yang pelbagai seperti bagi tujuan rekreasi, mencari maklumat dan bimbingan. Pendekatan asas membaca juga menekankan kesinambungan pengulangan dan mengulang kaji perkara yang sudah diajar sebelumnya. Penambahan kepada perkara yang sudah diajarkan dalam pengajaran membaca dapat membantu penguasaan kemahiran membaca. Pola perbendaharaan kata dan ejaan perlu diperkenalkan dalam gaya yang sistematik. Perkataan dan elemen-elemen perkataan dikawal dan diperkenalkan dengan merujuk pada andaian bilangan perkataan yang dapat dipelajari dalam waktu tertentu.

Kaedah Pengajaran Membaca Asas

          Pendekatan ini penting dikuasai terutama pada peringkat awal penguasaan kemahiran membaca. Guru perlu memikirkan kebolehan pelajar serta pengalaman membaca terdahulu. Prinsip pengajarannya dinyatakan seperti berikut:

Pengajaran Perkembangan Kemahiran

       Guru menuliskan perkataan di papan hitam. Di samping itu, guru membulatkan perkataan yang mempunyai bunyi yang sama.

Pelajaran Membaca Secara Terarah

Terbahagi pada 5 cara iaitu:

Motivasi
Berdasarkan latar pengalaman, kuiz, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Persediaan Latar Belakang
Apabila terdapat perkataan yang sukar atau asing, tuliskan di papan hitam dan minta pelajar meletakkan dalam petikan ataupun menggunakan dalam perbualan. Pelajar juga boleh meneka maknanya dalam konteks.

Menetapkan tujuan
Guru dan pelajar sama-sama menguji pilihan dan menentukan tujuan yang diberikan. Adakah bahan itu melucukan, belajar membuat sesuatu, menjawab soalan atau menyelesaikan masalah.

Membaca semula secara senyap ataupun lisan secara terarah
Pelajar diarahkan membaca pilihan dan menjawab soalan semasa membaca senyap guru boleh pergi kepada pelajar secara individu dan minta pelajar membaca secara kuat serta bertanya apa yang didapati atau difahami dan masalah yang timbul. Berikan juga perhatian kepada pelajar yang lemah.

Tindak balas dan perluasan
Pelajaran membaca diikuti dengan aktiviti yang memberi pelajar pilihan mempraktikkan kemahiran yang diperoleh. Buku kerja, pengajaran  kendiri atau lembaran aktiviti boleh digunakan.

Pendekatan Teknologikal
Tujuan yang utama dalam pendekatan ini adalah keupayaan guru menghasilkan pengajaran secara berurutan dan dapat dilakukan semula pada masa lain. Pendekatan ini menekankan perkara yang dapat dirasai oleh pancaindera dan dibuktikan kebenarannya. Pendekatan ini juga dilabelkan sebagai:

  • Sistem membaca berdasarkan objektif.
  • Program berdasarkan kriteria.
  • Membaca berdasarkan kecekapan.
  • Sistem pengurusan kemahiran.
  • Membaca perspektif diagnostik.