Monday 13 May 2013





MASALAH DALAM MEMBACA
FAKTOR DALAMAN DALAM MEMBACA

   Membaca adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia
dan kemahiran ini merupakan asas pembentukan diri untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Proses membaca yang kompleks ini bergantung kepada komponen membaca perkataan tunggal dan komponen pemahaman (Yahya Othman, 2003).
   Masalah paling utama yang dihadapi oleh seseorang yang sedang
mula membaca adalah masalah dalam komponen membaca perkataan secara tunggal. Kemahiran mengeja perkataan berkait rapat dengan kemahiran membaca perkataan. Hasil kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa proses kognitif yang mendasari kedua-dua kemahiran membaca perkataan dan kemahiran mengeja adalah hampir sama. Oleh sebab perkaitan yang rapat antara kemahiran membaca perkataan tunggal dan kemahiran mengeja, maka adalah tidak hairan jika para pelajar bermasalah dalam proses bacaan mereka.
  Permasalahan dalam proses pembelajaran ini membabitkan
pelbagai faktor antaranya ialah faktor dalaman dan faktor luaran yang saling berkaitan. Pelbagai faktor yang telah menyebabkan timbulnya masalah kesukaran untuk para pelajar membaca. Antaranya ialah faktor dalaman yang menyumbang kepada masalah ini:
1) Faktor individu.
2) Ketidakbolehan untuk mentafsir simbol dan huruf untuk   
    diterjemahkan dalam ayat atau perkataan secara lisan.
3) Faktor psikologi.
4) Mudah hilang tumpuan dan lemah daya ingatan.

*Huraian lanjut mengenai faktor dalam ini, anda semua boleh 
klik laman web di sini:



SEPINTAS LALU:
MUTIARA KATA

 


MASALAH DALAM MEMBACA



  Masalah bacaan di kalangan pelajar 
sekolah sekarang mendapat perhatian umum. Kerisauan tentang
 masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara . Berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah, dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah.


   Namun selepas fasa pertama KBSM,didapati ramai pelajar kita
yang masih gagal menguasai 3M. Hakikat ini diakui dalam seminar
Kebangsaan KBSR pada 1989 yang merumuskan;



"Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelas

KBSR tidak mencapai tahap yang dijangkakan - menyebabkan

terdapat sebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan di peringkat persekolahan menengah."

  Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita
yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah. 
Sebagai usaha untuk memulihkan masalah bacaan murid di sekolah 
randah, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan program 
Kelas Intervensi Membaca dan Menulis atau KIA2M.

JENIS MASALAH BACAAN

  Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat
melalui aktiviti bacaan nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap
hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman. Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:

a) Membuang/meninggalkan (omission)
b) Ulangan (repetition)
c) Gantian (substitute)
d) Tambahan (insertion)
e) Pembalikan (reversals)
f) Tidak kenal huruf
g) Salah sebutan

*Maklumat lanjut mengenai masalah,punca masalah dalam
membaca serta strategi pengajaran kemahiran membaca, klik link di 
sini:

0 comments:

Post a Comment