Monday 13 May 2013



Pendekatan Mengajar Membaca
Pendekatan Asas Membaca
Pendekatan ini meliputi mengajar beberapa kemahiran membaca yang biasa pada situasi membaca yang pelbagai seperti bagi tujuan rekreasi, mencari maklumat dan bimbingan. Pendekatan asas membaca juga menekankan kesinambungan pengulangan dan mengulang kaji perkara yang sudah diajar sebelumnya. Penambahan kepada perkara yang sudah diajarkan dalam pengajaran membaca dapat membantu penguasaan kemahiran membaca. Pola perbendaharaan kata dan ejaan perlu diperkenalkan dalam gaya yang sistematik. Perkataan dan elemen-elemen perkataan dikawal dan diperkenalkan dengan merujuk pada andaian bilangan perkataan yang dapat dipelajari dalam waktu tertentu.

Kaedah Pengajaran Membaca Asas

          Pendekatan ini penting dikuasai terutama pada peringkat awal penguasaan kemahiran membaca. Guru perlu memikirkan kebolehan pelajar serta pengalaman membaca terdahulu. Prinsip pengajarannya dinyatakan seperti berikut:

Pengajaran Perkembangan Kemahiran

       Guru menuliskan perkataan di papan hitam. Di samping itu, guru membulatkan perkataan yang mempunyai bunyi yang sama.

Pelajaran Membaca Secara Terarah

Terbahagi pada 5 cara iaitu:

Motivasi
Berdasarkan latar pengalaman, kuiz, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Persediaan Latar Belakang
Apabila terdapat perkataan yang sukar atau asing, tuliskan di papan hitam dan minta pelajar meletakkan dalam petikan ataupun menggunakan dalam perbualan. Pelajar juga boleh meneka maknanya dalam konteks.

Menetapkan tujuan
Guru dan pelajar sama-sama menguji pilihan dan menentukan tujuan yang diberikan. Adakah bahan itu melucukan, belajar membuat sesuatu, menjawab soalan atau menyelesaikan masalah.

Membaca semula secara senyap ataupun lisan secara terarah
Pelajar diarahkan membaca pilihan dan menjawab soalan semasa membaca senyap guru boleh pergi kepada pelajar secara individu dan minta pelajar membaca secara kuat serta bertanya apa yang didapati atau difahami dan masalah yang timbul. Berikan juga perhatian kepada pelajar yang lemah.

Tindak balas dan perluasan
Pelajaran membaca diikuti dengan aktiviti yang memberi pelajar pilihan mempraktikkan kemahiran yang diperoleh. Buku kerja, pengajaran  kendiri atau lembaran aktiviti boleh digunakan.

Pendekatan Teknologikal
Tujuan yang utama dalam pendekatan ini adalah keupayaan guru menghasilkan pengajaran secara berurutan dan dapat dilakukan semula pada masa lain. Pendekatan ini menekankan perkara yang dapat dirasai oleh pancaindera dan dibuktikan kebenarannya. Pendekatan ini juga dilabelkan sebagai:

  • Sistem membaca berdasarkan objektif.
  • Program berdasarkan kriteria.
  • Membaca berdasarkan kecekapan.
  • Sistem pengurusan kemahiran.
  • Membaca perspektif diagnostik.








0 comments:

Post a Comment